Showing posts with label Random. Show all posts
Showing posts with label Random. Show all posts

Wednesday, October 5, 2011

Hatimu Milikku..I like!

Its this one now..hits!

Hatiku Milikmu by Nera AF9

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Thursday, August 18, 2011

Nama komersial dia 'Popia Gunting'

Pagi tadi lepas sahur sibuk menggoreng popia..popia ni yg sudah ditempah oleh ofismate kak long dan jugak ofismate aku tp tak kenal..

Tahun ni abah Ummar semangat plak nak berbisness kuih raya..tak sedar plak ada anak balik kerja penat nak jgk jual..ingatkan dh tak jadi awal-awal tu sbb takde org order pun..last-last ada la jugak order dalam 20 lebih balang campur ngn ofis aku sekali..yg syoknya kat ofis aku tu dia order last two years dulu ni masa first time aku jual sebelum kawin..setiap tahun asyik tanya ja buat tak dia nak order..akhirnya tahun ni dia berjaya order sbb ada org sanggup nak buat..

Mmg la dia sanggup..baru gulung satu plastic dh ckp tak larat..tak nak la jual..sekali tgk ada jgk org order terpaksa bertungkus lumus siapkan order org..dia tukang gulung dan gunting..ini paling lama process tp boleh tgk tv..aku tukang goreng dan gaul..nasib baik ada tukang goreng yg berpengalaman ni..So end product aku yg akan pastikan bagus ka tidak supaya quality terjaga..hehehe

Dh tahun depan tak payah berbisness dh..tutup kedai...

Hasil pagi tadi

Balang yang belum di isi

Hasil beberapa hari yg lepas

Monday, August 8, 2011

Aksi merbahaya

Ok yg mana satu aksi merbahaya..org yg ambik gambar ni ka yg bawak motor tu?

Pagi td on the way ke office ternampak motor ni..nampak perempuan kt belakang tu pakai carrier dukung anak kt depan..anak tu kecik sgt lagi rasanya tak sampai 6 bulan..

pointnya ialah aku kesian dgn pasangan ni dan anak tu..kecik-kecik lagi dh naik motor dgn angin laju dan bunyi bising motor lg..adoii kesian baby..nampak gaya mcm mak bapaknya nak gi kerja and nk hntr anak ke rumah pengasuh tp terpaksa naik motor maybe sbb takde kereta or kereta rosak or nak elak jam..apa-apa pun reasonnya..think of the baby first then only mak bapak..

or maybe diorg nak pi shopping..yg pastinya aku tak tau diorg nk ke mana tp keadaan tu buatkan aku kesiankan baby tu..

Sunday, July 24, 2011

SONY BRAVIA KDL-40EX720

Ape benda tajuk entry ni?..huhu itulah tajuk tv baru abah Ummar baru beli..kerana tv ni ambik masa lebih sebulan jgkla Ummar n mama Ummar tahan telinga kena dengar pasal tv ni ja hari-hari..excited sgt..asyik-asyik puji tv dia ja..

Ini Smart TV ada internet connection,full HD dan jgk 3D...fuhhhh..power kan dgr? mmg power pun..clear gila gambar HD dia..siap ngn 3D setting lg..time tgk Avatar tu lg la..adoii nampak habis effect tu semua mmg real..rasa mcm nk pi ja Pandora tu..sampai terbawak-bawak mimpi..over kan..ekeke

Untuk tgk 3D nya gambar kena pakai spec 3D khas utk tv ni ja..sbbkan abah Ummar mmg sgtla excited dgn tv dia yg power tu..terus pegi kedai Sony angkat satu spec 3D bawak balik rumah..so tgkla dia sorang-sorang sbb kalau tv setting 3D mmg kena pakai spec tu ja..kalau tak pakai mmg tak clear gambar..dh tu kalau abah dh pakai satu..mcm mana mama nak tgk..tak tgkla jawabnya..kena ikut turn laa..aishhh..so bila abah nak beli lagi satu,dua,tiga..buat collection..nnt kalau ramai org nak tgk mcm mana...

Internet connection nya function lagi power..boleh guna Wi-Fi or cable terus boleh bukak youtube ka facebook ka tgk kt tv..tak payah tgk kat screen laptop yg kecik-kecik tu lagi..bolehla kalau nak tgk status update time-time iklan tu kan..hehehe..canggih tak? aku mmg rasa canggih tp malangnya kat rumah ni cuma ada broadband ja..internet rumah tak dak lagi..so kelebihan ni masih tak boleh di gunakan buat masa skrg..kena tunggu abah masukkan internet dulu.. :D..bila bah?

Satu lg yg aku suka pasal tv ni bila nk tgk movie..boleh cucuk pendrive ja terus ke tv tak payah dvd player segala..cukup sekadar pendrive kecik tu save movie yg nk tgk pastu cucuk kt usb port yg ada kt tv tu pastu play.. dh boleh tgk..tak payah nak wayar-wayar sgt dh...sgt canggih teknologi ni..makin lama makin canggih sama mcm iphone aku ni..haaa cukup satgi tak habis cerita pasal iphone plak..



Haaa..inilaa tv yg buat abah Ummar tersenyum sorg-sorg tgk cerita walaupun cerita tgh sedih gila.sbb apa?....sbb boleh nampak sebijik- sebijik air mata orang tu nangis..haaa susah kan..

Gambar spec 3D yg wajib dipakai kalau nak feel 3D..maksudnya kalau dlm tv tu tunjuk cerita terjun bangunan..kita pun boleh rasa mcm terjun bangunan jgk...huhuhu

Thursday, July 14, 2011

Latest addicted!!!

Well, aku memang suka gila dengan band Ungu ni...dari zaman bawak buku ke hulu ke hilir dulu lagi lagu Ungu ni la yang teman layan blues aku time study..."Percaya Padaku" ni lagu terbaru yang tengah hit sekarang...ambik ni lirik lagu dia...layan sihhh...lagi aku tak termuntah dengar lagu ni lagi tu la aku nak ulang dengar...

Ungu-Percaya Padaku


Aku tak tahu apa yang kurasakan 
Dalam hatiku saat pertama kali 
Lihat dirimu melihatmu 
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu 
Detak jantungku berdetak tak menentu 
Sepertinya aku tak ingin berlalu

Berikan cintamu juga sayangmu 
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu 
Hingga akhir waktu menjemputku 

Ku berikan cintaku juga sayangku 
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu 
Hingga akhir waktu menjemputku 
Saat ku tahu kau akan pergi jauh

Izinkan aku ‘tuk selalu menatimu 
Untuk katakan ku ingin dirimu 
Agar kau tahu betapa ku terlalu 
Mencintaimu aku akan menunggu 
Hingga dirimu kembali untukku

Tolonglah aku bagaimana diriku 
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu 
Dalam hatiku ku cinta padam


Tuesday, June 28, 2011

Nilai Sebuah Pekerjaan by Saifulislam


Mohon dikongsi di sini untuk menjadi pedoman kepada saya dan sesiapa sahaja..dpt dr email rakan sekerja...


NILAI SEBUAH PEKERJAAN
by saifulislam


"Kenapa anda mahu jadi doktor?", saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey.

Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.

"Sebab minat biologi?", saya bertanya.

Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.

"Sebab suka tolong orang?", saya terus bertanya.

Ramai yang mengangguk.

"Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma", saya menyambung provokasi.

"Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari", saya terus mencucuk jarum.

"Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya", saya berkongsi cerita.

Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.

Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan 'kemudahan' untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda 'termengandung' semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.

Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.

Bukan calang-calang kerja.

Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.

"Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?", soalan yang sama saya ulang sekali lagi.

Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.

PERSOALAN NILAI

Kuliah kali ini adalah tentang nilai. APA NILAI YANG DIBAWA DALAM SEBUAH PEKERJAAN? Dalam sebuah kehidupan.

Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya 'melayan suami', tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya.

Hanya 'bibik' sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.

Seorang ibu membuat kerja rumah kerana Nilai Kasih Sayang. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.

Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.

NILAI DUIT

Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi.

Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.

Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan... tetapi output daripadanya merunsingkan saya.

Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur .

Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem'poligami' kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita. Nauzubillah

Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?



NILAI - HARGA - KORBAN

Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa... itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja.

Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, 'mereka adalah generasi yang kesunyian'.

Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.

Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat "Begin With the End in Mind". Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan, jurutera dsb

TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN

Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.

Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.

Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.

PROVOKASI DEMI MASA DEPAN

Atas provokasi inilah, saya mengajak sahabat - sahabat, untuk menyemak hubung kait bidang pekerjaan dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.

Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.

Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia,bukan hanya kepada segelintir manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita


JIKA KERJA JADI IBADAH

Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah 'CEO' kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.

Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.

Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.

Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja kerana niat tidak menghalalkan cara.

Teruskan cita-cita kalian menjalani kerjaya masing-masing. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.

Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.