Wednesday, June 29, 2011

Rumahku Syurgaku

Alhamdulillah,semalam aku dgn husband dh selamat signed a loan for our future new house..sudah lama belek2 rumah tp baru2 ni je mampu n bekenan nk ambik satu..itu pn sbb new house and offer dia menarik plus deposit murah..syukur sgt..rezeki ummar lg..insyaAllah lg 3 tahun br siap..semoga selamat semuanya..



















notes:gmbar sekadar hiasan..tiada kaitan dgn rumah baru..cuma menunjukkn ruang sebenar rumah...

Tuesday, June 28, 2011

Nilai Sebuah Pekerjaan by Saifulislam


Mohon dikongsi di sini untuk menjadi pedoman kepada saya dan sesiapa sahaja..dpt dr email rakan sekerja...


NILAI SEBUAH PEKERJAAN
by saifulislam


"Kenapa anda mahu jadi doktor?", saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey.

Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.

"Sebab minat biologi?", saya bertanya.

Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.

"Sebab suka tolong orang?", saya terus bertanya.

Ramai yang mengangguk.

"Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma", saya menyambung provokasi.

"Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari", saya terus mencucuk jarum.

"Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya", saya berkongsi cerita.

Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.

Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan 'kemudahan' untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda 'termengandung' semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.

Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.

Bukan calang-calang kerja.

Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.

"Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?", soalan yang sama saya ulang sekali lagi.

Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.

PERSOALAN NILAI

Kuliah kali ini adalah tentang nilai. APA NILAI YANG DIBAWA DALAM SEBUAH PEKERJAAN? Dalam sebuah kehidupan.

Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya 'melayan suami', tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya.

Hanya 'bibik' sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.

Seorang ibu membuat kerja rumah kerana Nilai Kasih Sayang. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.

Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.

NILAI DUIT

Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi.

Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.

Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan... tetapi output daripadanya merunsingkan saya.

Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur .

Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem'poligami' kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita. Nauzubillah

Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?



NILAI - HARGA - KORBAN

Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa... itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja.

Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, 'mereka adalah generasi yang kesunyian'.

Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.

Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat "Begin With the End in Mind". Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan, jurutera dsb

TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN

Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.

Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.

Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.

PROVOKASI DEMI MASA DEPAN

Atas provokasi inilah, saya mengajak sahabat - sahabat, untuk menyemak hubung kait bidang pekerjaan dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.

Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.

Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia,bukan hanya kepada segelintir manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita


JIKA KERJA JADI IBADAH

Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah 'CEO' kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.

Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.

Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.

Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja kerana niat tidak menghalalkan cara.

Teruskan cita-cita kalian menjalani kerjaya masing-masing. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.

Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.

Gathering..

Dah lama rasanya x jumpa reramai kawan-kawan sekolej dulu..masa masing2 dpt sambung study kt UK dulu mmg asyik gathering ja..asal ada event ja kt mana2 mesti nk gathering n buat la aktiviti apa yg patut n yg paling best mestilah gossiping...

anyway, this time planned gathering was a little bit different..yerla semua dh bersuami n beranak pinak..x sama mcm dulu n nk sembang pun x berapa nk sempat..sedar2 dh nk balik..maksudnya aku x puas sembang la tu..nway, overall it was fun to see good old friends n ended well..





ini dia mummy-mummy n isteri-isteri n hot stuff anak-anak dara..2 org ja lg yg available...klau cekap teka la yg mana..



ini pulak daddy-daddy and suami-suami..semua dh tak available yer..





dan inilah keluarga saya yg sangat saya cintai..semoga sentiasa mendapat rahmat dan diberkati Allah SWT..aminnn..

Sunday, June 26, 2011

surpriseee!!!



thursday morning 28april2011,i had a
surprise from hubby at my office!!!rosesss!!!it was my birthday thank you bang...happy sgt..so apa lg show off laaa...kecoh la kejap kat situ..hehehe..

kalau bab surprise hubby mmg cekap..teringat masa zaman belajar dulu..cita dia camni...

malam tu kat manchester dh pukul 12tgh malam 28april2006,aku baru balik dr practice dancing for malaysian night..amik bas 86 ke old trafford..rumah aku kt 115 ayres road...wahhh ingt lagi tu..husband masa tu merangkap boyfriend dh ada kt manchester tp x bagitau aku..

masa turun bas nk jalan balik ke rumah tetiba nmpak ada sorg mamat pakai serba serbi hitam dgn jacket hood segala cover muka pastu jalan laju gila ke arah aku..aku dh x tentu arah terus call hubby bagitau ada mamat menakutkn ada dekat ngn aku mcm nk ikut aku balik..uwaaa takut gila k masa tu nk jalan pun mcm longgar ja lutut ni..lepas tu husband suruh aku hati2 tunggu kt bus stop nnt dia suruh kawan kitorg tolong temankan aku balik..rumah dia dkt ja ngn rumah aku..

pastu aku kuatkn semangt tp laki tu semakin hmpir ngn aku yg x mungkin sempat nk tunggu kwn tu sampai pun..dupdapdupdap jntung gerak kuat gila..masa ni dh mcm2 aku pkir..nk pengsan pun ada..sah memang dia target
aku masa tu..lagi berapa langkah ja dia nk smpai kawan tu x sampai lg..aku call husband lagi..hello aku dgr org jawab tepon..sekali tgk laki tu bukak hood pastu sengih2 kt aku..rupa2nya laki aku!!!..masa tu jgk aku rasa nk menangis nk pengsan semua ada..lemah ja badan..slumber ja dia kenakan aku mcm tu tgh2 malam kt kawasan yg selalu ada case tu..uwaaaaaa...

belum sempat aku marah dia dia marah aku dulu..'itula balik lewat2 lagi berani sgt'..terus aku senyap...

pastu kitorg pun bejalan balik ke rumah aku..sampai depan pintu rumah..dia bye2..aku pun naik atas ke bilik..tgk atas
katil dia buat surprise lg!!!!..ada coklat,teddy bear,tulip,kad n vaucher hadiah..masa
ni aku mmg dh x bleh tahan terus call dia nangis n say thank you terharu sgt..rupanya dia tgh tunggu kat luar rumah nk tggu aku call lepas nmpak surprise and say happy birthday..mmg aku tak boleh lupa surprise yg dia buat that time..sampai skrg aku ingt.dia complot ngn housemate aku linda.mintak tolong dia..thanks linda...vaucher tu dia buat n tulis sendiri..dlam tu ada 3 vaucher..

1st vaucher:dia ckp sempena birthday dia akan buat apa ja yg aku suruh..
2nd vaucher: dia akan sayang aku sepenuh hati
3rd vaucher: dia bagi aku pilih hadiah hari jadi sendiri..(ini yg paling aku suka)..aku pilih baju ja 30pound sampai skrg boleh pakai lagi macam baru suka sgt baju tu..

itula salah satu cerita birthday yg laki aku buat..mcm2 cara tp yg ini paling aku x bleh lupa...

THANK YOU BANG!!!LOVE YOU...

Di bawah ni adalah hadiah-hadiah yang aku dpt pada birthday yg ke 22 tahun pada tahun 2006 di Manchester,UK..

Civil Family Day

To start with, aku telah diamanahkn utk organise family day for civil departmnt..

cerita dia camni,aku teringin sgt nk merasa tido kt legend international water homes,pd.. hr tu pg chalet ja guna rates technip.. alang2 boleh claim rm400 dr comp apa salahnya merasa tido di hotel yg harga asal boleh mencecah Rm700 smlam..x mungkinla aku pg guna duit sendiri kalau mcm tu harganya..jdnya aku cadang ke sini dan cadangan aku diterima majority..jdnya bermulala persiapan2 dilakukan..utk tau cerita lanjut sila tgk gambar ja ya...






ini dia organiser dan anak yg sampai lg 15min first even to start...huaaa..telematch..gelabah tak ingat..yg si lakinya sibuk nk snap gmbr lagi..lepas check-in hntr brg ke bilik dulu naik buggy ni..



masuk bilik terus ja ummar pose cantik atas katil n ambik gmbr dulu..hehehe





lepas tu terus ke telematch court..cik laki join the game smpai kena bukak baju..hahah..game semua tu aku yg pilih kasik panas sket..ekekeke..his team got second place..malangnya aku tak snap lgsung gmbr hadiah hamper and goody bag yg tungkus lumus aku sediakan sengsorg utk mmeriahkn majlis ni..







habis telematch n penyampaian hadiah semua pastu apa lg balik terjun kolam la..kata private swimming pool..ummar pun mandi sekali aku tngk ja tunggu ummar tido pastu br mandi..ummar hanya dibenarkn mandi sekejap saja takut demam selsema..jangkaan tepat balik tu terasa badan ada panas sket tp tak demam lg..



pagi yg standard akan dpt free bfast and we were on d way to the restaurant..

the trip ended so well..alhamdulillah..everybody happy and i am happy too..



Sent from my iPhone